Resepi Acar Timun Mentah
untuk menyediakan acar timun ini memerlukan waktu lebih kurang 10 minit sahaja dan resepi yang saya buat ini untuk hidangan 7 orang. jom langsung sahaja kita layan resepi sedap dibawah.
Bahan-Bahan
- 8 sudu besar cuka
- 2 biji bawang besar
- 4 sudu besar gula
- 2 biji cili merah
- garam secukupnya
- 1/2 biji nenas
- 3 biji timun
Cara Penyediaan
1. mula-mula bersihkan nenas dari kulitnya kemudian hiris nipis. bersihkan timun dan buang bahagian kulit. selepas tu cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. kemudian hiris nipis.
2. hiris nipis cili merah dan bawang merah.
3. akhir sekali, gaulkan semua bahan tadi bersama gula, cuka, dan garam secukupnya hingga sekata dan acar timun mentah spesial siap utnuk di hidangkan.
ketika membuat acar timun jangan tambahkan air sebab timun dan buah nenas akan keluar air selepas dibancuh bersama bahan-bahan tadi. dan sampai jumpa diresepi sedap seterusnya.


0 Comments